Posts

Lana Nodin hamil dan ingin bersalin di Malaysia

Image
Lana Nodin hamil dan ingin bersalin di Malaysia - Pelakon, Lana Nodin atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nodin kini telah mengesahkan mengenai kehamilannya. Menerusi akhbar Harian Metro, Lana memberitahu bahawa usia kehamilannya kini sudah memasuki trimester kedua. Menerusi akhbar tersebut, Lana dan suaminya, David McKienzie meluahkan rasa gembira dan bersyukur mereka dengan kehamilan pertama ini. Menurut Lana, pada mulanya, dia sendiri tidak tahu bahawa dirinya sedang hamil. Daripada rasa tidak sedap badan, dia telah bertemu dengan doktor untuk membuat pemeriksaan, sekaligus dikhabarkan dengan berita gembira ini. Lana dan David sebelum ini merancang untuk membina keluarga selepas dua tahun perkahwinan. Namun begitu, Lana bersyukur kerana ini merupakan rezeki daripada Allah buat kedua-dua mereka. Tambah Lana lagi, apabila difikirkan semula, ada baiknya dia hamil sekarang kerana usia mereka yang semakin meningkat. - sumber lana nodin hamil dan ingin bersalin di malaysia Dia turu...

Maya Karin mencari cinta sejati

Image
Maya Karin mencari cinta sejati - Berita baik buat para jejaka kerana pelakon, Maya Karin baru-baru ini telah mengumumkan mengenai kesediaannya untuk kembali berpasangan. Menerusi Berita Harian, bintang 'Jwanita' itu membuat pengakuan bahawa hatinya kini telah terbuka untuk didampingi semula. Menurut Maya, ada beberapa lelaki yang cuba mendekatinya. Walaubagaimanapun, dia sendiri belum menemui seorang jejaka yang sesuai dan serasi dengan jiwanya. Tambah Maya lagi, dia tidak mahu digelar sebagai terhegeh-hegeh dalam mencari cinta. Pengalamannya sebelum ini membuatkan dia lebih berhati-hati. Kata Maya lagi, walaupun ada yang cuba mendampinginya, dia tidak tahu sama ada orang itu ikhlas atau tidak. "InsyaAllah, saya percaya aturan jodoh dan ketentuannya," kata pelakon yang juga seorang penyanyi itu. Kepada Maya, semoga dipertemukan dengan jodoh yang boleh membahagiakan.

Mimi Harris nikah disember 2015

Image
Mimi Harris nikah disember 2015 - Tahniah diucapkan kepada penyanyi dan pengacara, Mimi Harris yang telah selamat melangsungkan majlis pertunangannya pada 23 September lalu. Mimi, 25, kini sah bergelar tunangan kepada seorang lelaki yang kini menetap di Arab Saudi, yang hanya mahu dikenali sebagai Mr N, 31. "Kami berkenalan pada Hari Raya Aidiladha tempoh hari. Pada awalnya, saya sedang meluangkan masa bersama rakan di sebuah restoran. Dia merupakan sepupu kepada rakan saya. "Dari situ, kami berkenalan dan tiga hari kemudian, dia menyuarakan hasrat untuk meminang saya. Saya meminta dia untuk bertemu dengan ibu bapa terlebih dahulu dan dia nampaknya serius, apabila pulang ke negaranya, berbincang dengan ibu bapanya, dan seterusnya, datang ke Kedah untuk meminang," jelas Mimi ketika ditemui. Menurutnya, majlis pertunangan yang diadakan di Alor Star, Kedah itu, hanya dihadiri beberapa anggota keluarga terdekat. Ditanya mengenai ciri-ciri lelaki idaman yang diliha...

Ezad Lazim & Isteri Selamat Timang Anak Kedua

Ezad Lazim & Isteri Selamat Timang Anak Kedua - ISTERI kepada penyanyi Ezad Lazim, Nor Azeana Ramli yang menghidap ketumbuhan selamat melahirkan cahaya mata lelaki di Hospital Ampang hari ini. "Alhamdulilah anak lelaki saya selamat dilahirkan tanpa sebarang masalah. Cuma saya sedang menunggu perkembangan isteri kerana dia mengalami pendarahan yang banyak," kata Ezad dipetik Harian Metro. Nor Azeana sebelum ini nekad mahu melahirkan anak edua mereka walaupun disahkan mengidap ketumbuhan Stroma Gastrousus (GIST). Azeana disahkan mengidap ketumbuhan selepas melakukan pemeriksaan sebaik pulang mengerjakan umrah pada Februari lalu selepas sering mengalami sakit perut. Pasangan ini bernikah pada 30 Mac 2013 dan dikurniakan anak perempuan, Puteri Rania Keisha yang kini berusia dua tahun. - sumber Ezad Lazim & Isteri selamat timang anak kedua

Gambar Bulan Madu Haziq Rosebi & Isteri Maisarah Sidki

Image
Gambar Bulan Madu Haziq Rosebi & Isteri Maisarah Sidki - Siapa sahaja yang tidak sukakan agenda bercuti, lebih-lebih lagi apabila percutian itu adalah sesi berbulan madu, selepas rasmi bergelar suami isteri. Menerusi akaun Instagram penyanyi bernama Haziq Rosebi ini, dia berkongsi beberapa fotonya bersama isteri, Maisarah Sidki yang telah bercuti di Bali, Indonesia pada 14 hingga 17 September lalu. Percutian selama empat hari tiga malam ini ditaja sepenuhnya oleh Jet World Tour & Travel Sdn Bhd. Sebenarnya, agensi pelancongan ini dimiliki oleh salah seorang saudara mara saya. Selepas berbincang, saya dan isteri memilih Bali kerana dekat dengan Malaysia dan mudah memandangkan saya juga sibuk dengan jadual persembahan. Tambah penyanyi bersuara klasik ini lagi, pakej percutian bulan madu ini digelar sebagai 'Fantastic Honeymoon' yang turut merangkumi aktiviti seperti spa, pemandu pelancong dan lawatan ke tempat-tempat menarik. Semuanya lengkap. Saya dan isteri h...