Lana Nodin hamil dan ingin bersalin di Malaysia


Lana Nodin hamil dan ingin bersalin di Malaysia - Pelakon, Lana Nodin atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nodin kini telah mengesahkan mengenai kehamilannya. Menerusi akhbar Harian Metro, Lana memberitahu bahawa usia kehamilannya kini sudah memasuki trimester kedua. Menerusi akhbar tersebut, Lana dan suaminya, David McKienzie meluahkan rasa gembira dan bersyukur mereka dengan kehamilan pertama ini.

Menurut Lana, pada mulanya, dia sendiri tidak tahu bahawa dirinya sedang hamil. Daripada rasa tidak sedap badan, dia telah bertemu dengan doktor untuk membuat pemeriksaan, sekaligus dikhabarkan dengan berita gembira ini.

Lana dan David sebelum ini merancang untuk membina keluarga selepas dua tahun perkahwinan. Namun begitu, Lana bersyukur kerana ini merupakan rezeki daripada Allah buat kedua-dua mereka. Tambah Lana lagi, apabila difikirkan semula, ada baiknya dia hamil sekarang kerana usia mereka yang semakin meningkat. - sumber lana nodin hamil dan ingin bersalin di malaysia

Dia turut memberitahu, dia tidak kisah mengikut suaminya yang juga merupakan jurulatih dan pemain bola tampar Amerika Syarikat itu ke mana sahaja. Namun begitu, kalau boleh, pelakon seksi ingin ingin bersalin di Kuala Lumpur dan suaminya juga tidak menghalang.

Mengenai alahan pula, Lana memberitahu bahawa dia alah kepada spaghetti hijau dan kini kerap kali memilih makanan pedas dalam menu makanannya. Sebelum ini, dia langsung tidak gemarkan makanan pedas.

Untuk rekod, pasangan ini telah selamat dinikahkan pada 15 Mei lalu. Tahniah diucapkan kepada Lana dan David.

Lana Nodin hamil dan ingin bersalin di Malaysia

Popular posts from this blog

Gambar Bulan Madu Haziq Rosebi & Isteri Maisarah Sidki

Ezad Lazim & Isteri Selamat Timang Anak Kedua

Mimi Harris nikah disember 2015