Mimi Harris nikah disember 2015


Mimi Harris nikah disember 2015 - Tahniah diucapkan kepada penyanyi dan pengacara, Mimi Harris yang telah selamat melangsungkan majlis pertunangannya pada 23 September lalu.

Mimi, 25, kini sah bergelar tunangan kepada seorang lelaki yang kini menetap di Arab Saudi, yang hanya mahu dikenali sebagai Mr N, 31.

"Kami berkenalan pada Hari Raya Aidiladha tempoh hari. Pada awalnya, saya sedang meluangkan masa bersama rakan di sebuah restoran. Dia merupakan sepupu kepada rakan saya.

"Dari situ, kami berkenalan dan tiga hari kemudian, dia menyuarakan hasrat untuk meminang saya. Saya meminta dia untuk bertemu dengan ibu bapa terlebih dahulu dan dia nampaknya serius, apabila pulang ke negaranya, berbincang dengan ibu bapanya, dan seterusnya, datang ke Kedah untuk meminang," jelas Mimi ketika ditemui.

Menurutnya, majlis pertunangan yang diadakan di Alor Star, Kedah itu, hanya dihadiri beberapa anggota keluarga terdekat.

Ditanya mengenai ciri-ciri lelaki idaman yang dilihat pada diri Mr. N, Mimi memberikan tiga ciri utama iaitu dia seorang yang jujur, bertanggungjawab dan bekerjaya.

Dalam tempoh dua bulan dari sekarang, pasangan ini bakal melangkah ke alam perkahwinan.

"InsyaAllah, menjelang Disember, kami akan berkahwin. Mengenai persediaan, saya akan pulang ke Kedah dan memulakan persediaan untuk majlis. Dia pula akan datang ke Malaysia, sebulan sebelum majlis berlangsung," kata Mimi lagi.

Ditanya mengenai penajaan untuk majlis perkahwinannya, Mimi memaklumkan sudah ada pihak yang ingin menaja solekan. Dia juga tidak menolak sekiranya ada pihak lain yang turut ingin menaja untuk majlisnya kelak.

Kepada Mimi dan bakal suami, semoga persediaan dan semuanya berjalan dengan lancar menuju hari bahagia. - sumber Mimi Harris nikah disember 2015

Mimi Harris nikah disember 2015

Popular posts from this blog

Gambar Bulan Madu Haziq Rosebi & Isteri Maisarah Sidki

Ezad Lazim & Isteri Selamat Timang Anak Kedua